Monday, January 24, 2011

:: Orientasi Murid Tahun 1 ::

Pada Tahun 2011 ini, SJKC Hua Min menerima seramai 157 orang murid Tahun Satu. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Kelompok ini merupakan kumpulan  perintis kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru diperkenalkan. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan menjadi insan yang berjaya kelak. Selamat datang diucapkan!



 Ujian Saringan Linus

 Bersama barisan Guru Kelas Tahun 1
Berdiri di belakang dari kiri : Cikgu Lee, Cikgu Teo, Cikgu Chan dan Cikgu Tan
Duduk di hadapan dari kiri : GPK KK, GPK HEM, Guru Besar dan GPK 1

Monday, January 3, 2011

:: Bermulanya Tahun 2011 ::



Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis mahupun yang pahit telah dicatatkan dalam diari persekolahan yang lalu.

Dan kini, tahun 2011 mula menjelma membuka lembaran baru. Dengan semangat berkobar-kobar dan azam yang baru, bersama-samalah kita semua, warga sekolah SJKC HUA MIN menyemarakkan semangat untuk terus memacu kecemerlangan sekolah sama ada di dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.

SELAMAT TAHUN BARU 
dan 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!

Search This Blog